ABOUT US

ABOUT US
SESI DIS '09 - MEI '10

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 6, 2010

Rasai kehangatan Al-Biz


Rasa bagaikan sekejap semester ini akan menemui penghujungnya.hanya beberapa tapak sahaja lagi
semua para pelajar uitm segamat akan berperang dengan peperiksaan besar, iaitu peperiksaan
akhir.Krew2 Al-Biz mengucapkan selamat berjaya dan semoga anda success!!

kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pelanggan
yang rajin berkunjung dan memeriahkan penjualan al-Biz.

segala kelemahan telah cuba untuk kami perbaiki dan target kami hanya satu
ialah untuk memastikan anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan
dan makanan yang pihak kami sajikan.

sebenarnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, ada yang mahu pedas,
ada yang mahu burger tanpa sayur, tanpa mayo,lebih sos dan sebagainya.Semua ini
memberikan pengalaman yang bernilai kepada semua tenaga kerja Al-Biz.
Tanpa para pelanggan,siapa lah kami untuk menapak disini dan menyalurkan perkhidmatan
makanan burger kepada anda.

Kami xpernah penat untuk melayan karenah pelanggan,malahan kami sentiasa bersemangat untuk manyajikan
yang terbaik.Jika ada salah dan silap pihak al-biz ingin memohon kemaafan.

al-biz akan berhenti beropersi pada 11 April 2010.Kerana sudah tibanya Krew2 al-biz menumpukan
sepenuh masa terhadap peperiksaan akhir

Jumpa semester hadapan !!!




                                                                                       -Syima Hanifah

No comments:

Post a Comment