ABOUT US

ABOUT US
SESI DIS '09 - MEI '10

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 10, 2010

Final Day :(

Pada hari ini adalah hari terakhir kami niaga krn memandangkan exam final hampir tiba. kami juga ingin fokus dan mengulang kaji pelajaran untuk final dan kami juga mementingkan pelajaran selain berniaga.....
krn itu, misi kami untuk melahirkan usahawan yang cemerlang serta melahirkan employer yang gemilag...................Selamat Menghadapi Final...............dr pihak Al Biz Fantasy Cafe....
terima kasih atas sokongan anda dan segalanya amat kami hargai....................

Tuesday, April 6, 2010

Rasai kehangatan Al-Biz


Rasa bagaikan sekejap semester ini akan menemui penghujungnya.hanya beberapa tapak sahaja lagi
semua para pelajar uitm segamat akan berperang dengan peperiksaan besar, iaitu peperiksaan
akhir.Krew2 Al-Biz mengucapkan selamat berjaya dan semoga anda success!!

kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pelanggan
yang rajin berkunjung dan memeriahkan penjualan al-Biz.

segala kelemahan telah cuba untuk kami perbaiki dan target kami hanya satu
ialah untuk memastikan anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan
dan makanan yang pihak kami sajikan.

sebenarnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, ada yang mahu pedas,
ada yang mahu burger tanpa sayur, tanpa mayo,lebih sos dan sebagainya.Semua ini
memberikan pengalaman yang bernilai kepada semua tenaga kerja Al-Biz.
Tanpa para pelanggan,siapa lah kami untuk menapak disini dan menyalurkan perkhidmatan
makanan burger kepada anda.

Kami xpernah penat untuk melayan karenah pelanggan,malahan kami sentiasa bersemangat untuk manyajikan
yang terbaik.Jika ada salah dan silap pihak al-biz ingin memohon kemaafan.

al-biz akan berhenti beropersi pada 11 April 2010.Kerana sudah tibanya Krew2 al-biz menumpukan
sepenuh masa terhadap peperiksaan akhir

Jumpa semester hadapan !!!




                                                                                       -Syima Hanifah

Friday, March 26, 2010

SESI BERSAMA MENTOR.....

Tidak habis penat selepas pertandingan semalam, kami juga menghadiri Sesi Bersama Mentor anjuran siswa BISTARI. Mentor kami En Abd Rahman Yusoff daripada SINDORA dating untuk kami lebih kenal siapa mentor kami dan apa peranan mentor serta tunjuk ajar yang diberikan. Banyak yang kami dapat dalam sesi tersebut seperti kelebihan bisnes, hikmah bisnes, bagaimana nak memulakan sesuatubisnes dan banyak lagi.

PERASMIAN MAJLIS BERSAMA MENTOR OLEH
PN. RUZILAWATI BT RUDIN ORANG KE-3 BESAR DI BAWAH NAUNGAN JOHOR CORPERATION....

















PEMBENTANGAN PROFIL SYARIKAT DI DEPAN MENTOR.............

















KAMI DALAM KELUARGA SISWA BISTARI.....
YEEAAAHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PERTANDINGAN CATUR BISTARI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTeM) MELAKA

Pertandingan Catur BISTARI telah berlangsung pada 20 hb Mac 2010 di Universti Teknikal Melaka(UTeM).beberapa kakitangan Al Biz Fantasy Café termasuk ahli executive menyertai prtandingan ini. Tidak lupa juga dengan penyokong dari Pekerja Al Biz memberikan sokongan penuh terhadpa peserta yang menyertai. Kami tidak menjadi pemenang dalam pertandingan itu tetapi kami amat berpuas hati kerana banyak yang kami pelajari tentang hikmahnya bisnes.















pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Besar UTeM















suasana amat menggemparkan walaupun pagi hari
















sesi pendaftaran>>>>>>
















peserta wakil dar Al Biz dan wakil Siswa BISTARI



kaadaan di dalamdewan sebelum pertandingan bermula.......

TAWARAN KAMI

Kami mengambil tempahan untuk program seperti Yassin wing, Sambutan Hari Jadi, untuk jualan setiap wing dan sebagainya.. harga untuk tempahan anda bolaeh runding dengan kami dan kami akan memberikan potongan harga yang berpatutan. Untuk tempahan anda boleh menempah dengan kami :


Din (executive marketing) >>>>> 019-7560781

*untuk membuat tempahan hendaklah membuat tempahan sehari sebelum untuk mengadakan event…

PROMOSI KAMI

Hari demi hari kami kami berniaga, kami juga menjalani perniagaan kami seperti biasa dan Alhamdulillah sambutan sering tidak putus dan kami amat menghargai pelanggan kami. Kami masih menjalankan promosi cop untuk anda semua rebut promosi burger ayam/daging special secara percuma dengan hasil mengumpulkan 4 cop. Kami juga memberikan cop atas pembelian burger(apa2 burger dari produk kami) secara percuma pada hari selasa sahaja. REBUTLAH PELUANG INI SEKARANG!!!!!!!!!!!!!!! Anda pasti puas hati dan tidak dikecewakan….

MAAF>>>>>>>>>>>>>>>

Maaf kami dah lama tidak mengupdate blog ini.. Atas kelemahan kami, anda tidak dapat info dan promosi yang terkini yang kami lakukan. segala kekurangan, kami dari pihak Al Biz Fantasy Cafe ingin memohon maaf. sekarang kami akan cuba mempertingkatakan prestasi kami dan akan mengupdate blog ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. kami akan sentiasa mengharapkan sokongan, komen dan pendapatdari anda....

Sunday, February 28, 2010

CATUR BISTARI

kami di beritahu tentang CATUR BISTARI. menarik!sangat menarik!kami ingin menang pertandingan ini untuk kali ini...Insay'Allah.....

SISWA BISTARI

Kini baru terasa kami di bawah pentadbiran SISWA BISTARI. kami baru sedar pengenalan SISWA BISTARI dengan lebih dekat dapat menjalinkan hubungan kami di kalanagan bisnes2 lain di bawah naungan SISWA BISTARI. sebelum ini kami seperti tidak merasakan adanya SISWA BISTARI tetapi selepas SISWA BISTARI mengadakan AGM(Annual Grand Meeting) hubungan kami makin dekat dengan orang kuat yang masih memegang SISWA BISTARI ini. kali ini kami telah menjadi 1 dan ingin meningkatkan dan menaikkan nama SISWA BISTARI supaya pelajar2 lain kenal dengan SISWA BISTARI seperti kami ingikan. banyak kelebihan yang kami dapat dan pelbagai ilmu untuk memulakan atau untuk menjalankan perniagaan..

Tuesday, February 2, 2010

Peningkatan Kami

Alhadulillah, syukur perniagaan kami mula meningkat dan maintain dari hari ke hari.. Minta maaf kerana lama tak update blog ini. al maklumlah sibuk. tetapi kami akan bagi anda info dan cuba untuk mengupdate blog dari semasa ke semasa. Insya' Allah... kami telah membuat banyak promosi seperti kupon dan cop promosi bagi setiap pembelian RM 10 dalam satu transaksi kami akan memberikan 1 cop dan apabila pelanggan kami mengumpul sebanyak 4 cop kami akan memberikan burger daging/ayam special secara percuma. Alhamdulillah sambutan dari situ amat memberangsangkan kerana ramai pelanggan kami yang berlumba-lumba untuk mengumpulkan cop tersebut. kami juga membuat promosi baru kami iaitu "BURGER MADE BY YOUR OWN CHOISE!". promosi ini kami menawarkan kepada pelanggan untuk membeli burger pilihan mereka (cth: pelanggan mahu burger ayam + rusa + sardin + cheese)dan kami membuat seperti yang diminta oleh pelanggan dan memberikan harga yang berpatutan atas pilahan mereka..

Tuesday, January 26, 2010

pertandingan CATUR BISTARI


Gempak suasana di sana




CATUR BISTARI telah di adakan di Persad Johor Bahru



peserta CATUR BISTARI dari AL BIZ FANTASY CAFE



Kami menetap diHOTEL SELESA tajaan J CORP kolebrasi dengan UiTM JOHOR









Thursday, January 14, 2010

Hari Kelima

Pada 14 Januari 2010, kami berniaga seperti biasa dan pada hari ini sambut produk kami laris sehingga ada yang beli sekali 5 biji burger bouble special cheese dan ada yang beli exotic burger pun laris dijual.sambutan pada hari ini amat memberangsangkan dan kamiamat bersyukur pelanggan kami setia dan percaya kepada produk kami. kami cuba mempertingkatkan usaha dan service kami bagi memuaskan hati pelanggan kami dan memberi layanan yang terbaik untuk mereka supaya mereka setia dengan kami. Insya'Allah... : )

Wednesday, January 13, 2010

Hari Keempat

Pada 13 Januari 2010, kami menjalankan perniagaan seperti biasa dan mengharapkan ramai pelangganyang datang ke kedai kami. alhamdulillah hari ini perniagaan kami bertambah baik. hasil promosi yang dibuat dan kesungguhan kami untuk menarik pelanggan, kami bersyukur kerana ramai yang datang dan membeli produk kami. kami mengharapkan sambutan yang sebegitu dan makin meningkat harapnya..... Insya'Allah..... ; )

Hari Ketiga

Pada 12 Januari 2010, kami beroperasi seperti biasa dan kami melatih pekerja baru. perniagaan kami masih seperti semalam tetapi masih membuat promosi untuk menarik perhatian pelanggan. dengan idea yang telah diberikan oleh CEO kami untuk membuat iklan di setiap kolej dan menampal iklan serta mempromosikan produk kami supaya mereka boleh datang ke kedai kami dan membeli produk kami. sekian....

Tuesday, January 12, 2010

Hari Kedua

Pada 11Januari 2010, kami beroperasi seperti biasa dan mengharapkan ramai yang datang ke kedai kami dan membeli burger kami. nampaknya Alhamdulillah, sambutannya lebih ramai dari har pertama. kami bersyukur setelah promosi yang dijalankan membuahkan hasil walaupun sedikit. kami tidak berputus asa dan meneruskan perniagaan kami. dengan mengharapkan ramai pelanggan, kami juga memberikan flyers kami kepada pelanggan kami begi mempromosikan lagi akan kehadiran kami dan juga produk kami. pekerja baru kami pada hari ini juga 2 orang bagi melatih mereka seperti apa yang perlu kami ajarkan kepada mereka smbil memberikan mereka merasai dan berkongsi pengalaman bersama kami..kami harapkan sokongan anda yang membaca...kita sambung esok... : )

Hari Pertama

Pada 10 Januari 2010, kami telah mula beroperasi menjual burger.tetapi pada hari pertama kami beroperasi tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. mungkin pelajar-pelajar tidak tahu akan kehadiran kami. kami mengambil altenatif untuk membuat flyers bagi mempromosikan produk dan memberitahu akan kehadiran kami dan kami telah pun beroperasi.
di samping itu, kami mula melatih pekerja baru pada hari ini seramai 2 orang. kami melatih mereka untuk memasak, dressing burger, mengemas dan menguruskan keadaan kedai. pada hari ini, mereka bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan..harap kesungguhan itu sampai ke akhirnya. Insya'Allah...sekian,itu saja untuk hari ini. kita sambung esok pula...;)

Gotong Royong Membersihkan Kedai dan Pengambilan Pekerja Baru

GOTONG ROYONG
Pada 7 Januari 2010, kami bergotong royong untuk membersihkan kawasan kedai sebelum memulakan perniagaan. kesemua executive termasuk pekerja baru pun turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut. pihak CEO dan exekutif lain turut gembiradan berpuas hati atas usaha dan kerjasama yang diberikan. terima kasih semua yang terlibat.

PENGAMBILAN PEKERJA BARU
pada hari yang sama kami telah mengambil pekerja baru yang telah dipilih oleh CEO kami yang terdiri daripada 8 orang:
-5 orang dari plajar DIIM PART 5,iaitu:
-Nur Hayatul Shima bte Hanifah
-Norasfahana bt Jamil
-Nur Syahirah bt Basiron
-Nur Hidayati bt Bahri
-Wan Siti Hajar bt Wan Yaacob

-3 orang dari kumpulan nasyid Uitm, KHALIFAH

Tentang Kami

PROFILE SYARIKAT

Al-Biz Fantasy Cafe merupakan salah sebuah syarikat di dalam UiTM Segamat yang terlibat di dalam perniagaan yang berasakan perkhidmatan penyediaan produk makanan dan minuman.
Matlamat kami adalah menjadikan syarikat ini sebgai sebuah syarikat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam penyediiaan produk makanan segera yang dapat memenuhi citarasa pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan.
Al-Biz Fantasy Cafe ditubuhkan pada 13 Julai 2009 dan memulakan operasinya pada 16 Julai 2009 di kedai atap nipah medan selera Intan. Jumlah Ahli Jawatankuasa Syarikat adalah seramai 5 orang yang di ketuai oleh saudara Al Amirul Akmal B. Idris selaku pengarah syarikat.
Sepanjang beroperasi, Al-Biz Fantasy Cafe telah berjaya mencatat penjualan sehingga RM 5700.00 sepanjang tiga bulan beroperasi. Berikutan menawarkan produk yang menarik seperti daging rusa, ostrich dan arnab telah berjaya menarik ramai pelanggan untuk datang ke syarikat kami dan merasai sendiri kelazatan produk yang telah di tawarkan.


MISI DAN VISI

VISI
- Syarikat perniagaan burger pilihan utama warga kampus UiTM Segamat.

MISI
- Menjadikan syarikat Al Biz Fantasy Cafe sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju dalam menyediakan produk burger dan menjadi pilihan utama warga kampus UiTM.

- Menngkatkan prokduktivti syarikat dan mampu meningkatan keuntungan syarikat setiap bulan.

- Memastikan setiap pelanggan berpuas hati terhadap mutu pengeluaran dan servis yang di sdiakan oleh syarikat.

- Melahirkan pekerja adan ahli jawatan kuasa yang efektif dan eficient dalam melakukan tugasan yang diberikan.

MOTTO
"IKHLAS KUNCI KEJAYAAN"


PRODUK YANG DI TAWARKAN.
Al-Biz Fantasy Cafe menawarkan beberapa jenis burger yang sangat menyelerakan dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan pelajar UiTM. Berikut adalah jenis-jenis burger yang di sediakan:
- Benjo
- Burger Daging Ayam
- Burger Daging Lembu
- Burger Daging Arnab
- Burger Daging Rusa
- Burger Daging Kambing
- Burger Daging Ostrich
- Burger Ikan
- Burger Sardin

LOKASI AL- BIZ FANTASY CAFE
Lokasi Al-Biz Fantasy Cafe adalah lokasi yang sangat stratergik yang mudah di kunjungi oleh pelanggan yang terdiri daripada bukan sahaja pelajar, malahan pensyarah, staff dan warga UiTM Segamat. Dengan keadaan kedai yang luas dan selesa memudahkan lagi pekerja untuk melakukan tugas dengan baik.

Kami juga menawarkan konsep terbuka melalui kaunter untuk penerimaan pesanan dan pembayaran. Ini memudahkan para pelanggan mengorder dan membuat pembayran. Selain itu, lokasi kami yang berada di tengah-tengah medan selera Intan memudahkan pelanggan untuk datang membeli.

Alamat Al-Biz Fantasy Cafe :

Al-Biz Fantasy Cafe,
Gazebo Kedai Atap Nipah,
Medan selera makan, kolej Intan,
Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Johor, Kampus Segamat,
85000 Segamat, Johor Darul Takzim.

MATLAMAT DAN PERANCANGAN

Meningkatkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 15% pada setiap bulan.
Meningkatkan keuntungan bersih syarikat sebanyak 15% pada setiap bulan..
Meningkatkan mutu pengeluaran produk dan servis yang diberi.
Bersedia membekalkan produk untuk semua aktiviti di kampus.
Menerima tempahan dan memberikan harge yang berpatutan.


CARTA ORGANISASI

AL AMIRUL AKMAL BIN IDRIS
CEO, FINANCIAL AND MANAGEMENT

AIDA MOHAWIAH BT MOHAMED
SECRETARY AND HUMAN RESOURCE

MOHD SHAHIR BIN MOHD SHARIFF
EXECUTIVE PRODUCTION AND FACILITIES MANAGEMENT

MOHD NURAIZUDDIN BIN MOHAMAD NOOR
EXECUTIVE PROMOTION AND PUBLICITY