ABOUT US

ABOUT US
SESI DIS '09 - MEI '10

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 26, 2010

pertandingan CATUR BISTARI


Gempak suasana di sana




CATUR BISTARI telah di adakan di Persad Johor Bahru



peserta CATUR BISTARI dari AL BIZ FANTASY CAFE



Kami menetap diHOTEL SELESA tajaan J CORP kolebrasi dengan UiTM JOHOR









Thursday, January 14, 2010

Hari Kelima

Pada 14 Januari 2010, kami berniaga seperti biasa dan pada hari ini sambut produk kami laris sehingga ada yang beli sekali 5 biji burger bouble special cheese dan ada yang beli exotic burger pun laris dijual.sambutan pada hari ini amat memberangsangkan dan kamiamat bersyukur pelanggan kami setia dan percaya kepada produk kami. kami cuba mempertingkatkan usaha dan service kami bagi memuaskan hati pelanggan kami dan memberi layanan yang terbaik untuk mereka supaya mereka setia dengan kami. Insya'Allah... : )

Wednesday, January 13, 2010

Hari Keempat

Pada 13 Januari 2010, kami menjalankan perniagaan seperti biasa dan mengharapkan ramai pelangganyang datang ke kedai kami. alhamdulillah hari ini perniagaan kami bertambah baik. hasil promosi yang dibuat dan kesungguhan kami untuk menarik pelanggan, kami bersyukur kerana ramai yang datang dan membeli produk kami. kami mengharapkan sambutan yang sebegitu dan makin meningkat harapnya..... Insya'Allah..... ; )

Hari Ketiga

Pada 12 Januari 2010, kami beroperasi seperti biasa dan kami melatih pekerja baru. perniagaan kami masih seperti semalam tetapi masih membuat promosi untuk menarik perhatian pelanggan. dengan idea yang telah diberikan oleh CEO kami untuk membuat iklan di setiap kolej dan menampal iklan serta mempromosikan produk kami supaya mereka boleh datang ke kedai kami dan membeli produk kami. sekian....

Tuesday, January 12, 2010

Hari Kedua

Pada 11Januari 2010, kami beroperasi seperti biasa dan mengharapkan ramai yang datang ke kedai kami dan membeli burger kami. nampaknya Alhamdulillah, sambutannya lebih ramai dari har pertama. kami bersyukur setelah promosi yang dijalankan membuahkan hasil walaupun sedikit. kami tidak berputus asa dan meneruskan perniagaan kami. dengan mengharapkan ramai pelanggan, kami juga memberikan flyers kami kepada pelanggan kami begi mempromosikan lagi akan kehadiran kami dan juga produk kami. pekerja baru kami pada hari ini juga 2 orang bagi melatih mereka seperti apa yang perlu kami ajarkan kepada mereka smbil memberikan mereka merasai dan berkongsi pengalaman bersama kami..kami harapkan sokongan anda yang membaca...kita sambung esok... : )

Hari Pertama

Pada 10 Januari 2010, kami telah mula beroperasi menjual burger.tetapi pada hari pertama kami beroperasi tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. mungkin pelajar-pelajar tidak tahu akan kehadiran kami. kami mengambil altenatif untuk membuat flyers bagi mempromosikan produk dan memberitahu akan kehadiran kami dan kami telah pun beroperasi.
di samping itu, kami mula melatih pekerja baru pada hari ini seramai 2 orang. kami melatih mereka untuk memasak, dressing burger, mengemas dan menguruskan keadaan kedai. pada hari ini, mereka bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan..harap kesungguhan itu sampai ke akhirnya. Insya'Allah...sekian,itu saja untuk hari ini. kita sambung esok pula...;)

Gotong Royong Membersihkan Kedai dan Pengambilan Pekerja Baru

GOTONG ROYONG
Pada 7 Januari 2010, kami bergotong royong untuk membersihkan kawasan kedai sebelum memulakan perniagaan. kesemua executive termasuk pekerja baru pun turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut. pihak CEO dan exekutif lain turut gembiradan berpuas hati atas usaha dan kerjasama yang diberikan. terima kasih semua yang terlibat.

PENGAMBILAN PEKERJA BARU
pada hari yang sama kami telah mengambil pekerja baru yang telah dipilih oleh CEO kami yang terdiri daripada 8 orang:
-5 orang dari plajar DIIM PART 5,iaitu:
-Nur Hayatul Shima bte Hanifah
-Norasfahana bt Jamil
-Nur Syahirah bt Basiron
-Nur Hidayati bt Bahri
-Wan Siti Hajar bt Wan Yaacob

-3 orang dari kumpulan nasyid Uitm, KHALIFAH

Tentang Kami

PROFILE SYARIKAT

Al-Biz Fantasy Cafe merupakan salah sebuah syarikat di dalam UiTM Segamat yang terlibat di dalam perniagaan yang berasakan perkhidmatan penyediaan produk makanan dan minuman.
Matlamat kami adalah menjadikan syarikat ini sebgai sebuah syarikat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam penyediiaan produk makanan segera yang dapat memenuhi citarasa pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan.
Al-Biz Fantasy Cafe ditubuhkan pada 13 Julai 2009 dan memulakan operasinya pada 16 Julai 2009 di kedai atap nipah medan selera Intan. Jumlah Ahli Jawatankuasa Syarikat adalah seramai 5 orang yang di ketuai oleh saudara Al Amirul Akmal B. Idris selaku pengarah syarikat.
Sepanjang beroperasi, Al-Biz Fantasy Cafe telah berjaya mencatat penjualan sehingga RM 5700.00 sepanjang tiga bulan beroperasi. Berikutan menawarkan produk yang menarik seperti daging rusa, ostrich dan arnab telah berjaya menarik ramai pelanggan untuk datang ke syarikat kami dan merasai sendiri kelazatan produk yang telah di tawarkan.


MISI DAN VISI

VISI
- Syarikat perniagaan burger pilihan utama warga kampus UiTM Segamat.

MISI
- Menjadikan syarikat Al Biz Fantasy Cafe sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju dalam menyediakan produk burger dan menjadi pilihan utama warga kampus UiTM.

- Menngkatkan prokduktivti syarikat dan mampu meningkatan keuntungan syarikat setiap bulan.

- Memastikan setiap pelanggan berpuas hati terhadap mutu pengeluaran dan servis yang di sdiakan oleh syarikat.

- Melahirkan pekerja adan ahli jawatan kuasa yang efektif dan eficient dalam melakukan tugasan yang diberikan.

MOTTO
"IKHLAS KUNCI KEJAYAAN"


PRODUK YANG DI TAWARKAN.
Al-Biz Fantasy Cafe menawarkan beberapa jenis burger yang sangat menyelerakan dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan pelajar UiTM. Berikut adalah jenis-jenis burger yang di sediakan:
- Benjo
- Burger Daging Ayam
- Burger Daging Lembu
- Burger Daging Arnab
- Burger Daging Rusa
- Burger Daging Kambing
- Burger Daging Ostrich
- Burger Ikan
- Burger Sardin

LOKASI AL- BIZ FANTASY CAFE
Lokasi Al-Biz Fantasy Cafe adalah lokasi yang sangat stratergik yang mudah di kunjungi oleh pelanggan yang terdiri daripada bukan sahaja pelajar, malahan pensyarah, staff dan warga UiTM Segamat. Dengan keadaan kedai yang luas dan selesa memudahkan lagi pekerja untuk melakukan tugas dengan baik.

Kami juga menawarkan konsep terbuka melalui kaunter untuk penerimaan pesanan dan pembayaran. Ini memudahkan para pelanggan mengorder dan membuat pembayran. Selain itu, lokasi kami yang berada di tengah-tengah medan selera Intan memudahkan pelanggan untuk datang membeli.

Alamat Al-Biz Fantasy Cafe :

Al-Biz Fantasy Cafe,
Gazebo Kedai Atap Nipah,
Medan selera makan, kolej Intan,
Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Johor, Kampus Segamat,
85000 Segamat, Johor Darul Takzim.

MATLAMAT DAN PERANCANGAN

Meningkatkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 15% pada setiap bulan.
Meningkatkan keuntungan bersih syarikat sebanyak 15% pada setiap bulan..
Meningkatkan mutu pengeluaran produk dan servis yang diberi.
Bersedia membekalkan produk untuk semua aktiviti di kampus.
Menerima tempahan dan memberikan harge yang berpatutan.


CARTA ORGANISASI

AL AMIRUL AKMAL BIN IDRIS
CEO, FINANCIAL AND MANAGEMENT

AIDA MOHAWIAH BT MOHAMED
SECRETARY AND HUMAN RESOURCE

MOHD SHAHIR BIN MOHD SHARIFF
EXECUTIVE PRODUCTION AND FACILITIES MANAGEMENT

MOHD NURAIZUDDIN BIN MOHAMAD NOOR
EXECUTIVE PROMOTION AND PUBLICITY