PROFILE SYARIKAT
Al-Biz Fantasy Cafe merupakan salah sebuah syarikat di dalam UiTM Segamat yang terlibat di dalam perniagaan yang berasakan perkhidmatan penyediaan produk makanan dan minuman.
Matlamat kami adalah menjadikan syarikat ini sebgai sebuah syarikat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam penyediiaan produk makanan segera yang dapat memenuhi citarasa pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan.
Al-Biz Fantasy Cafe ditubuhkan pada 13 Julai 2009 dan memulakan operasinya pada 16 Julai 2009 di kedai atap nipah medan selera Intan. Jumlah Ahli Jawatankuasa Syarikat adalah seramai 5 orang yang di ketuai oleh saudara Al Amirul Akmal B. Idris selaku pengarah syarikat.
Sepanjang beroperasi, Al-Biz Fantasy Cafe telah berjaya mencatat penjualan sehingga RM 5700.00 sepanjang tiga bulan beroperasi. Berikutan menawarkan produk yang menarik seperti daging rusa, ostrich dan arnab telah berjaya menarik ramai pelanggan untuk datang ke syarikat kami dan merasai sendiri kelazatan produk yang telah di tawarkan.
MISI DAN VISI
VISI
- Syarikat perniagaan burger pilihan utama warga kampus UiTM Segamat.
MISI
- Menjadikan syarikat Al Biz Fantasy Cafe sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju dalam menyediakan produk burger dan menjadi pilihan utama warga kampus UiTM.
- Menngkatkan prokduktivti syarikat dan mampu meningkatan keuntungan syarikat setiap bulan.
- Memastikan setiap pelanggan berpuas hati terhadap mutu pengeluaran dan servis yang di sdiakan oleh syarikat.
- Melahirkan pekerja adan ahli jawatan kuasa yang efektif dan eficient dalam melakukan tugasan yang diberikan.
MOTTO
"IKHLAS KUNCI KEJAYAAN"
PRODUK YANG DI TAWARKAN.
Al-Biz Fantasy Cafe menawarkan beberapa jenis burger yang sangat menyelerakan dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan pelajar UiTM. Berikut adalah jenis-jenis burger yang di sediakan:
- Benjo
- Burger Daging Ayam
- Burger Daging Lembu
- Burger Daging Arnab
- Burger Daging Rusa
- Burger Daging Kambing
- Burger Daging Ostrich
- Burger Ikan
- Burger Sardin
LOKASI AL- BIZ FANTASY CAFE
Lokasi Al-Biz Fantasy Cafe adalah lokasi yang sangat stratergik yang mudah di kunjungi oleh pelanggan yang terdiri daripada bukan sahaja pelajar, malahan pensyarah, staff dan warga UiTM Segamat. Dengan keadaan kedai yang luas dan selesa memudahkan lagi pekerja untuk melakukan tugas dengan baik.
Kami juga menawarkan konsep terbuka melalui kaunter untuk penerimaan pesanan dan pembayaran. Ini memudahkan para pelanggan mengorder dan membuat pembayran. Selain itu, lokasi kami yang berada di tengah-tengah medan selera Intan memudahkan pelanggan untuk datang membeli.
Alamat Al-Biz Fantasy Cafe :
Al-Biz Fantasy Cafe,
Gazebo Kedai Atap Nipah,
Medan selera makan, kolej Intan,
Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Johor, Kampus Segamat,
85000 Segamat, Johor Darul Takzim.
MATLAMAT DAN PERANCANGAN
Meningkatkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 15% pada setiap bulan.
Meningkatkan keuntungan bersih syarikat sebanyak 15% pada setiap bulan..
Meningkatkan mutu pengeluaran produk dan servis yang diberi.
Bersedia membekalkan produk untuk semua aktiviti di kampus.
Menerima tempahan dan memberikan harge yang berpatutan.
CARTA ORGANISASI
AL AMIRUL AKMAL BIN IDRIS
CEO, FINANCIAL AND MANAGEMENT
AIDA MOHAWIAH BT MOHAMED
SECRETARY AND HUMAN RESOURCE
MOHD SHAHIR BIN MOHD SHARIFF
EXECUTIVE PRODUCTION AND FACILITIES MANAGEMENT
MOHD NURAIZUDDIN BIN MOHAMAD NOOR
EXECUTIVE PROMOTION AND PUBLICITY